Sunday, October 3, 2010

SURPRISE YEY SURPRISE!



3hb Oktober 2010
GAH ! Semangat tiba-tiba datang bergolek nak hupdate entry kali ini setelah sekian lama menyepi lantaran tak ada masa nak curahkan idea di blog ini.fuihh,rindu membuak2 pulak nak hupdate blog, jadi jari ini pon gatal2 semacam nak menari2 di papan kekunci,wheee^^
Berbalik kepada title di atas,mesti ada yang tengah berteka teki ,teka tekuk nak tahu apa surprise yang dimaksudkan tu kankankan. cewahh, 'tyra oh tyra, macam ade aje orang nak sebok2 baca blog ko kan tyra'haha,tapi tape,apa aku kesah,kalau suka baca,ta suka click saja 'X' dihujung kanan sana itu.Kan senang, fullstop!

* * * * * * * * * * * *
2hb Oktober 2010 . (tarikh kejadian).
Okay, let's start my story, macam neh haa,cik kiah,pak meaon sekalian,hehe.. semalam aku bagi kejutan dekat sesorang tuh , yey! padan muka dia kena bangbangboom oleh aku,clapclapclap !rugi tak bawak handycam ke,crew tv3 sekali ke kan,haaha.Kelaka bila ingat balik.Terima kasih kepada pelakon2 handalan yang lain kerana telah berjaya membawa watak masing2 dengan jayanya semalam.
Kejutan ini yang sebenarnya dah dirancang seminggu lebih awal.Kira macam'Wah! lama gila preparationnya padahal kejutanya tak adalah macam mana pon' tapi disebabkan nak teruskan rancangan neh terpaksalah berlakon.
Kisahnya aku dapat idea nak buat kejutan ini pon datang dari abang sulung aku, ABANG WAN yang merupakan watak salah seorang pelakon dalam kisah ini.
Katanya pada Isnin lepas kalau tak silap. "Dik,dik!Abg Wan sabtu neh(hari kejadian) nak pergi Ipoh,aku ada kenduri,hang nak ikot dak,boleh hang jumpa dia,nnti aku drop kat jaya jusco,aku dgn kak ati perg kenduri,nak?".
dan aku pon macam"errr,yooo!nih peluang keemasan bagi aku neh' Tapi dalam pada seronokronok nak ikot,dalam otak neh ligat berfikir nak ikot ke tak sebabnya takut tetiba pulak ada hal ke apa ke time tuh kan,potong betul nanti..jadi aku ta bagi jawapan serta merta kepada abang wan samaada jadi ikot ke tak.Last2 jawapan muktdamad diambil setelah kata sepakat membawa berkat diambil,haha.
"Ahh.ta kira lah,aku kena ikot juga,bukan senang aku nak pegi ipoh dah lepas neh"hatiku menghasut untuk teruskan rancangan.^^
Jadi malam tuh aku call dia(si watak yang ingin di wakenabebkan) memaklumkan bahawa aku ada kejutan buatnya.Dia pon apa lagi tak sabar2 lah nak tahu , mesti korang pon same reaksi bila dapat tahu ada surprise menanti korang,mesti ta sabar2 nak tahu kan kan,macam tuh lah dia.SANGAT TAK SABAR sampai buatkan aku tergugat nak bagtahu perkara sebenar sebab tak sampai hati nak buatkan si dia tertunggu2. Tapi aku kuatkan iman nak teruskan bersendiwara.haha. *kepada awak,sory ya,saya kena berlakon sebab nak kenakan awak sampai call awak pon saya ta angkat,awak pon asyik kenakan saya je,jadi saya terpaksaaa. "

Lepash tuh,aku bagtahu mama mengenai hal ini,mama pon 2x5 otak macam aku,ikot je fe'el anak dia neh nak menyakat orang siap sepakat nak kenakan,padahal mama ada bagi hint kat facebook,nasibla si dia ta memahami,haha. Mama kata pada aku.,"haa,tapa tapa,dik bgtahu kat dia Sabtu ini Abg Wan nak jumpa dia kata ada hal nak bagitahu.Mama sungguh sporting! Dan aku pon seronoklah sebab rancangan berjalan dengan baik ,'terpaksa bohong dia kata abang wan ada something nak bagtahu, dan ini membuatkan dia kecutperut,wee !*kepada awak lagi"ye,saya tahu awak cuak'.haha..
Sendiwara terus berjalan sehingga tiba harinya.CHOPCHOP!korang pon mesti da dapat agak kan surprise apa yang aku maksudkan, kalau ta pon,agakkan aje lah.hihihiii..
* * * * * * * * * * * *

Pagi Sabtu tuh,cadangnya mama tanak ikut,tapi last2 minute mama bagitahu mama nak join jugak, jadi,lagi best ada mama.Boleh kami sama2 nak menyaksikan seseorang tuh dikenakan.Kami (abg wan and his family,mama dan shaya)bertolak dari Pulau Pinang pon dah lewat,11 lebih kott .SI dia mesej aku menanyakan number telefon abagwan sbb dia ta save,katanya lah kan, aku pon,okayy,fine,ameklah number abgwan neh,kang kalau abgwan sampai abgwan call ,aku balas balik padanya.Risau jugak sebab menurut si dia,katanya dia ada karnival apa tah dekat poli,takot tak jadi pulak nak jumpa abgwan,kang bukan dia yang disuprisekan,tapi aku pula jd mangsa, nasib baiklah si dia jadi pergi nak berjumpa abg wann padahal bukan abgwan sepatutnya dia jumpa tapi aku, oh yeahh !

Sebelum nak sampai Ipoh,abangwan call si dia,bgtahu suruh jumpa dekat belakang JJ,kedai Salam Corner ,kedai mamak,mamak pon mamaklah,haha. Nasiblah dia tahu kedai tuh sebabnya abgwan ta boleh lama2 kerana dia pergi Ipoh pon disebabkan ada kenduri. Aku saja gatal2 sebok nak join sebab nak kenakan dia..
Sampai2 je dekat SALAM tuh,abgwan tinggalkan mama dan aku di tempat kejadian itu.Nasiblah jugaklah mama ikot,boleh temankan.Tidak mati akal aku dekat situ,mana taknya,tunggu si dia lama ,geram jugaklah,orang ta sabar2 nak surprisekan dia, dia pulak saja2 datang lambat, huhu,sabar sabar, lepas tuh aku buat2 antar mesej kata bosan dan tanya dia kat mana,ceh.Dia tak balas wehh..tape tape,sabar lagi.Mama pulak dari tadi asek gelakgelak aje tengok reaksi anak perempuan dia nih,
naik malu aku dibuatnyaa.Mama,tyra tahu mama pon ta sabar2 nak tengok surprise neh berjalan lancar,kan mama kan :D
okay,mama jadi pemerhati,dan aku pulak menyorok tanak bagi si dia nmpk, sampai2 je dia kat kedai tuh, mama da tekekek2 ketawa tengok dia tecari2 abgwan yang kononyaa nak sangat jumpa dia, akhirnya,bukan abgwan dicari,tapi..
SURPRISE !aku siku dia sebab time tuh dia langsung ta perasan aku,padahal aku sebelah dia saja pon.Dapat2 tahu je aku yang siku dia, apalagi,tekejut lah dia yang di bangbangboom kan tuhh !yeyyyy !suka hati aku tengok wajah terkejut dia tuh, haha, mama pon dari tadi asyik gelak2 sajaa. Jumpa2 je si dia,terus mama bagi bekal yang dibawa khas dari penang, Seronok lah si dia. huee..Last sekali ,kami semua pergi JJ dan tunggu abgwan,kak ati smpai,kami semua enjoy disitu, kiranya surprise kelaka aku menjadi buatnyaa.. Sweetkan aku,hehe:D










macam da plan je nak pakai baju warna lebih kurang je kan, hehe :D




muka seronok setelah diPRANK kan, hahaha :D

'

'

'

'



Gambar2 seterusnya hanyalah iklan semata2:)

















iloveyou when you love me,haha,bubuuyyy..nak syok sendiri.tata :D

salam..

3 comments:

EmanTheHalia said...

er... banyak iklan ?? heheh dah updated!!!

EmanTheHalia said...

ha kan senang! =)

tyramissu said...

haha,berkat tunjuk aja sifuuuu !thanks a lot :)