Friday, July 23, 2010

KISAH KASUT

Yaa , KASUT . Ini bukan cerita berkenaan mengenai kasut seperti kisah dongeng Cindarella.Seorang gadis miskin yang mempunyai ibu dan saudara tiri yg GILA kejam.Selalu kena dera,kena hina.Tapi satu hari tu,nasib gadis malang tersebut berubah bila dtgnya pari2 yang menolong dea keluar dari kesengsaraan tersebut,mengubah dea menjadi seorg yg sangat cantik,dengan adanya gaun yg kembang2, ada kereta kuda, dan diberikan sepasang kasut yg sangat menawan. Gadis tersebut dihias dengan cantik untuk menghadiri satu majlis tari menari yang dianjurkan olah seorang putera raja.Tepat pada pukul 12.00 tgh malam, jam berberbunyi menunjukkan tiba saatnya gadis tersebut terpaksa pergi dari majlis tari menari itu dan dalam keadaaan tergesa2 itulah dea tertanggal sebelah KASUT ansakti miliknya.Putera raja tercari2 akan siapa pemilik kasut tersebut. Berkat usaha putera raja itu, maka mereka berjumpa buat sekian kalinya dan akhirnya hidup bahagia.. Okay, cukup .Tuh semua hanya cerita dongeng, ilusi semata2 untuk mewujudkan suasana yg indah buat peminat kisah dongeng,termasuk lah aku dan anak buah aku,Nur Cinta Emili , haha, nak jugak promote .

Apa yang aku ceritakan tu hanya mukadimah saja sebenarnyaa,tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia, saja suka suka nak refresh balik zaman2 kegemilangan menonton cerita2 fairy tale yg menjadi pebret mase zaman kecomelan dulu. **cop cop, huii,asal ayat aku memanjang je skema neh, lantak lah,janji ape yg aku nak smpaikan neh difahami. Okay,yang aku nak ceritakn neh sebenarnya berkenaan kasut juga, tapi bukan kasut yg dipakai cindarella,kasut2 mahal macam ,Vincci,Prada,Crocs original and etc , aku tak mampu, tapi disini aku nak kongsi mengenai kasut yg aku design sendiri, ye, aku DESIGN sendiri, saja aku ulang ayat DESIGN tu besar besar sebab aku tahu ada diantara kamu tak percaya dengan bakat terpendam dan kehebatan aku, okay okay, stop berperasan,takot ada pulak yang menyampah karang, tidak semua orang suka apa yang kita lakukan,tapi ini semamangnya kebenaran, aku design kasut terpakai, walaweh, memang tiada harga kat pasaran tapi ada harga dihati aku. showing my love <3>

* * * * * * * * * * * * * *

Macam ini kisahnya aku boleh terjebak dalam design sndiri kasut aku starting from 2, 3, hari yg lepas, alahhh, hari Selasa lah senang cakap, hari ini baru ada masa nak update sebab busy, busy belajar, haha, poyooo.boooo !

okay,okay berbalik dengan kisah neh....

* * * * * * * * * * * * * *

Tulisan condong :Cikgu pandu puteri lower and upper 6

Tulisan menegak : Aku lahhh, dan disampuk pelajar lain,

"Okay pelajar pelajar pandu puteri sekalian, tugasan utuk kamu semua next week (Time uh hari rabu kalau ta silap minggu sebelumnya ) ,kamu semua diarahkan untuk membawa sepasang kasut atau selipar sekalipun,ta kesahlah kasut apa2 pun, selipar jamban ke, seliapar jepun ke,terompah ke,ape2 aja lah kasut atau selipar kamu suka, kamu bawak,bawak sekali dengan manik2 segala jenis untuk kamu semua ubah suai kasut tersebut supaya kelihatan menarik, bagi sapa2 yg tak bawak dimerit akan dikenakan,"

(dalam hati aku beermonolog)

"OhMyPARDA,dimerit yg sakit telinga dengar nih..aduhhh, nak bawak apa nih,jenuh lahh nak selongkar kasut,kalau kasut lawa2 ta apa jugakk,neh kasut yang tah hape2 takan nak bawak pulak..nak hias macam mana pulak nih, tak reti lahhh.lemah betuiii lahh aku,masalah-masalah"

"Jangan lupa bawak semua peralatan kamu sekali ye, minggu depan kita start buat, dan pemenang akan dipilih"

"yaaa, baik cikgu"(menjawab dengan perasaan lemah longai dan otak ligat berfikir )

* * * * * * * * * * * * * *

Kemampusan lah aku macam neh, aku nak bawak apa nanti, gundah gulana rasanya, tak bawak nanti kena dimerit, bawak karang aku nak tenyeh apa kat kasut tuh, leceh betui lahh, aku pon rimas mcm mana lah aku boleh termasuk unit uniform pandu puteri, WHAT? PANDU PUTERI? ye,PANDU PUTERI !unit yg seboleh2nya aku nak elak lah dari terlibat, tup tup dapat pulak.Tak boleh elak sudah.. yela, mana taknya, unit neh sangat lah keperempuanan, yaa aa aww, kalau kat sekola aku dulu ,maksud aku di Manjung ,Perak,tengok , TENGOK je lah sbb aku ta join,unit neh mcm tak aktif saja , tapi sangkaan aku anticlockwise,haha..adoimakaihhh,kat sekola aku di Penang neh macam2 pulak aktiviti mereka lakukan,semak aku dibuatnyaa. Tapi berbaloi jugak lah sebab aku dapat jugak menyumbang bakti dan mengeluarkan bakat terpendam macam pekasam tuh.

* * * * * * * * * * * * * *

Dan task untuk kali neh kena hias menghias kasut pulak dahh, pening kepala aku memikirkanya. Pikir punya pikir punya pikir punya pikir punya pikir smpai ta larat nak pikir tiba2 mucul pulak idea nak melaramkan kasut neh, sebenarnya kasut neh pon terpaksa di beli semata2 nak penuhi idea bernas aku dan disokong mama sebab bila dah pindah, kasut pon campak dalam kotak yang entah ke mana aku campak,*okay,sengaja aku nak mengantoikan diri aku sendiri..jadi,kena keluar lah sikit modal,beli kasut secondhand je, da kuning2 da pon warnanya tapi still okay saja, oldschool lah kunun tapi bule pakai lagi, dan setibanya aku di sekolah, pagi itu,waktu yg aku tanak tunggu pon tiba dan mula lah proses untuk aku nak conteng2 kasut itu, malu pon ada nak tayang kasut aku tuh sebab tengok kasut2 akak upper 6 mcm lawa je, kasut raya kot deorang bawak,tak mcm aku,kasut terpakai saje, apakan daya, tak cantik pon sebab aku bukan jenis tangan berseni macam LEANARDO DA VINCCI sampai boleh bukak museum sendiri,yang boleh menghasilkan gmbar2 menakjubkan macam beliau men"femes'kan gmbar "Mona Lisa" atau "La Gioconda" yang tinggi nilainya, namun aku berpuas hati dengan hasil aku,berkat usaha gigih aku, padahal tak adalah gigih sangat pon akhirnya aku berjaya hasilkan kasut aku yang sangat simple sesimple aku,cukuplah dengan masa diberikan pon, lebih kurang sejam saja cukup lah untuk aku hasilkannya, maka..inilah rupanya kasut aku tu..

Jengjengjeng...Okay,siap sound effect ta boleh blaa. hahaa, lets proceed to my work done.











* * * * * * * * * * * * * *

Simple gila kan,inilah hasil kerja aku yang aku tahu tak seberapa mana pon, tapi okay lah daripada tada langsung kan,kan ,kan.Tada lah dapat dimerit,kalau tidak rugi point aku, dan gambar ini TERpaksa diambil di rumah sebab yelah kan, budak sekolah,mane boleh bawak henset pegi sekolah walaupun form 6,keseidihan disitu.. dan next week baru tahu the result of this task. Menang ke kalah ke lain cite, yang penting, aku hargai apa yg aku perolehi,. Dah sudah, tu saja yang aku nak kongsi pon. Kisah kasut yang bukan datangnya dari kisah dongeng.Kisah kasut yang bukan datangnya dari jenama2 yang mahal, tapi kisah kasut yang datangnya dari pengalaman aku.
okay, STOP! masa tamat,haha,
Itu sajalah untuk kali ini.

Tata,adiosaa :)

1 comment:

Addien said...

kreativiti pd kasut =)